25 April 2008

Perjumpaan Kedua

Perjumpaan Kedua

Tempat : Restoran Waritha, Simpang Pulai
Masa : 9.30 mlm
Tarikh : 18/4/2008

Hasil daripada panggilan rakan-rakan, telefon dan SMS, perjumpaan kali ini telah berjaya menarik beberapa ahli baru untuk sama-sama bertukar-tukar cerita-cerita lama sambil memikirkan bagaimana kita nak menambahkan bilangan ahli. Sesi penerangan mengenai apa yang cuba dibincangkan telah dibuat oleh saudara Shanaz. Memandangkan ahli sudah ramai, oleh demikian perbincangan telah bersetuju untuk melantik ahli jawatan 'ad-hoc' untuk majlis reunion.

Berikut adalah ahli jawatan kuasa yang telah dilantik :

Pengerusi : Ahmad Fuad Bin Shaharuddin (Fuad)
Timbalan : Mohd Hazuan Shah Bin Abd Hakim (Angah)
Setiausaha : Mohamad Shahhanaz Bin Nazarudin (Shanaz)
Bendahari : Farhan Hussein Bin Abu Bakar (Farhan)

AJK Kawasan :

Tambun :
1.Mohd Hasbullah Bin Abd Rajad (Abu)
2. Mars Iswandy Mustaqim Bin Osman

Ampang :
1.Ahmad Suhairi Bin Salleh (Hairi)
2.Shahrul Nizam Bin Loutfi (Yeop)

Simpang Pulai:
1.Norzaidi Bin Basri (Zaidi)
2.Rohaizad Bin Azaddin (Dore'z)

Dengan tertubuhnya AJK ini, perjumpaan ini akan dapat bergerak dengan lebih aktif lagi dengan rancangan aktiviti yang lebih tersusun. Antara cadangan aktiviti yang dicadangkan :

1. Futsal
2. Karaoke
3. Memancing
4. Barbeque
5. Website

Hasil persetujuan ramai, aktiviti pertama yang telah dicadangkan ialah bermain futsal. Yeop telah dilantik untuk menguruskan tempat. Cadangan tempat aktiviti adalah samada bermain di Cherry Park atau di Sport Planet. Yeop akan mengesahkan tempat dalam 2 hingga 3 hari dan akan memberitahu AJK untuk menjemput semua hadir ke aktiviti tersebut.

Di samping itu, ahli juga telah bersetuju untuk membuat kutipan yuran keahlian sebanyak RM 10.00 sebulan untuk melancarkan lagi perjumpaan ini. Yuran akan digunakan untuk keperluan pengurusan. Segala pembayaran akan disalurkan kepada Bendahari iaitu saudara Farhan.

Perjumpaan ditangguhkan kepada ruangan aktiviti akan datang.

Ahli Baru yang hadir :

1. Kumaran
2. Meor Azman
3. Abu
4. Radip
5. Fadli Awang
6. Syed Saiful
7. Izad Farid
8. Zaidi
9. Dore'z
10. Mior Mizan (Jijan)
11. Hafiz Artis

21 April 2008

Perjumpaan Pertama Kali

Perjumpaan Pertama

Tempat : Restoran Ehsan
Masa : 9.30 mlm
Tarikh : 11/4/2008

Resolusi perjumpaan ini adalah hasil buah fikiran saudara Fuad. Kami semua bersetuju ingin memajukan perjumpaan ini ke tahap seluruh warga bekas pelajar SRC khususnya yang pernah bersama-sama di antara tahun 1994 hingga 1998. ini idak mengira bila mereka masuk sekolah dan bila mereka meninggalkan sekolah.

Beberapa cadangan aktiviti telah dirancang dan ahli bersetuju dengan memulakan aktiviti bersama dengan bermain futsal. Namun demikian untuk meramaikan ahli, perjumpaan seterusnya akan diadakan di Restoran Waritha, Simpang Pulai.

Ahli yang hadir :

1. Fuad
2. Hafiz Teksi
3. Pejai
4. Angah
5. Li Toha
6. Yeop
7. Farhan
8. Nizam Ghazali
9. Hairi
10. Mars Iswandy