26 January 2010

Notis Mesyuarat Agung - Koop X-SRC

Salam sahabat semua. Dah lama benor blog kita nih bersawang. Admin memasing sibuk dengan tugasan mereka. Teman dengan tugasan biasa. Si Julie pulak sibuk dengan tugasan cendawan beliau dan lain-lain lagi. Tambahan pula kehadiran Facebook yang semakin rancak dipergunakan pakai oleh rakan-rakan semua.

Ok sebelum teman merepek jauh, teman telah diminta oleh Jawatankuasa penaja Koperasi bekas pelajar SRC untuk memanggil kawan-kawan semua ke Mesyuarat Agung mereka yang pertama kali diadakan. Jadinye kepada rakan-rakan yang ader di Ipoh dan mempunyai keluangan masa dijemput hadir. Bukan apa, untuk menubuhkan Koperasi ini mesti mempunyai keahlian dan juga kehadiran menyuarat Agung tu seramai 50 orang (sekurang-kurangnya).

Faedah yang bakal kome dapat, tak nak ngaborkan. Elok kome dengor sendiri daripada deme. Insyallah, kalau tiada aral yang melintang, tiada panggilan-panggilan hangit, teman akan tiba di lokasi yang telah deme tentukan tu.

Untuk melihat notis, tentatif, vanue dan juga apa yang dikatakan teman tadi kome layari di blog ini dan juga di sini.

Untuk notis dan juga borang-borang yang deme perlukan tu kome boleh download kat sini...

Jumpa di sana nanti...